Erti Sebuah Kecukupan. Kemewahan itu sekadar ujian.

Kita semua dilahirkan dengan fitrah. Fitrah mahukan kesenangan, kehidupan serba lengkap tanpa perlu berharap kepada insan lain. Tetapi perasan atau tidak kemewahan hidup seolah-olah tiada penghujung. Semakin kita dapat apa yang dihajati, semakin menggunung pula keinginan kita untuk memiliki lebih dari itu. Kekayaan, kemuliaan, dan segala bentuk kesenangan semuanya milik Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka sedarlah dari mimpi yang indah itu. Kehidupan hanyalah sementara, setiap kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan itu, tidak datang dengan percuma. Pasti akan ada tanggungjawab yang harus dipikul disebaliknya. Jika kita perhatikan disekeliling kita, apa yang menjadi milik mutlak kita? Langsung TIADA. Semuanya hanyalah pinjaman, semuanya

Teruskan Membaca »

Al-Quran penghubung Manusia dengan Allah.

Kita semua manusia, yang memiliki kelemahan dan kekurangan. Ibarat orang buta yang memerlukan tongkat untuk berjalan. Menjadi panduan menggantikan penglihatan atau selembar bahu teman agar dapat berjalan seiringan. Manusia yang paling beruntung adalah manusia yang diberikan hidayah dan taufiq oleh Allah untuk menjadikan Islam sebagai agamanya. Salah satu mu’jizat terbesar yang kekal sehingga hari ni adalah Al-Quran. Yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nya. Diajar kita untuk membacanya, diajar kita untuk mentadabburinya. Sayangnya Kalamullah itu semakin terasing, kadangkala terbiar sepi bersusun-susun di musolla tidak disentuh. Nun jauh di sebalik kadang di ceruk atas gerobok tua ia disimpan berselimut debu-debu halus. Sesekali

Teruskan Membaca »

Tak ada sebab kenapa nak belajar?

“Walid, kenapa dulu Walid ambil STAM?” tiba-tiba Iman bertanya ketika kami sedang duduk berbual di halaman rumah. Mungkin dia tertanya-tanya kerana malam sebelumnya Iman asyik membelek buku-buku di rak perpustakaan mini di rumah. “STAM tu kan susah, Ibu pun suruh Akak ambil STAM juga, tapi Akak tak nak sebab susah. Bahasa Arab yang sekarang ni pun rasa macam terpaksa jer.” Iman bercerita, dia mengerutkan dahi sambil menunggu jawapan. “Saja jer nak ambik… tak boleh ke?” saya menjawab ringkas. Sebenarnya tidak ada jawapan yang tepat mengapa saya mengambil keputusan tersebut. “Mana boleh macam tu, mesti ada sebab. Biasa orang ambik STAM

Teruskan Membaca »