Sukarnya Menjadi Orang Yang Soleh.

musafir

Perjalanan hidup ini hanyalah sesingkat waktu. Kerana itu Rasulullah salallahu’alaihi wa sallam memberikan peringatan bagaimana seharusnya kita menjalani kehidupan dunia ini seperti perjalanan seoarng musafir. Tidak terikat kepada dunia tetapi sentiasa memastikan persediaan bekalan sebanyak mungkin lantaran hanya pada perjalanan kehidupan ini peluang diberikan sebanyak-banyaknya untuk diambil dan membuat persediaan.


Abadinya sebuah kehidupan akhirat, tinggi nilainya hanya dapat ditebus dengan ketaqwaan kepada Allah Azza wa Jalla. Lalu bagaimana untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah? Pastinya melalui keimanan dan amal soleh.


Mereka yang ingin melakukan amal soleh pasti akan diuji. Disitulah akan diuji kental atau lemahnya keimanan seseorang itu. Berkata Ibrahim bin Adham rahimahullah, orang-orang soleh itu akan diuji dengan enam perkara.


Apabila mereka menghadapi pintu nikmat, pintu kesusahan akan dibuka.

Apabila mereka menghadapi pintu kerehatan, pintu usaha keras akan dibuka.

Apabila mereka menghadapi pintu kebanggaan , pintu kehinaan akan dibuka.

Apabila mereka menghadapi pintu tidur, pintu berjaga malam akan dibuka.

Apabila mereka menghadapi pintu kekayaan, pintu kefakiran akan dibuka.

Apabila mereka menghadapi pintu angan-angan, lalu ia ditutup. Maka pintu persediaan untuk menghadapi mati akan dibuka.

(Tazkiyatun Nufus, m/s 67)


Semua perkara yang menguntungkan di akhirat bersumber dan berdasarkan taqwa. Kerana yang dinamakan taqwa adalah melaksanakan perintah Allah dan menjahui larangan-Nya.


Itulah yang telah ditetapkan oleh syara’. Allah telah menentukan bahawa keuntungan dunia hanyalah sebentar dan tidak dibawa mati , kekayaan dunia hanyalah sekadar rebutan anak cucu. Jelas bahawa keuntungan di dunia belum tentu menguntungkan kelak di akhirat. Bahkan sering terjadi semasa nyawa masih dikandung badan, kemewahan dunia, kemuliaan dan darjat dicabut sebelum ajal.



Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print