Jangan terlalu mengira atau menganalisa sesuatu dalam setiap situasi.

serabut

Hakikat, manusia sentiasa berfikir. Itulah keunikan makhluk bernama manusia yang diciptakan oleh Allah. Tetapi terlalu banyak berfikir meletakkan manusia di atas titian garis halus antara waras dan tidak siuman.


Mereka yang memiliki ciri-ciri seperti ini akan selalu menganalisa atau terlalu mengira seesuatu dalam setiap situasi tanpa alasan. Bahayanya boleh menyebabkan kelumpuhan analisa.


Manusia di anugerahkan dengan otak, dengannya manusia berfikir. Tetapi terlalu banyak berfikir natijahnya membawa kepada kesukaran untuk membuat keputusan. Terlalu banyak berfikir adalah negatif, ia bukan proaktif dan bukan juga cara membuat perancangan.


Ini akan mengakibatkan fikiran kita sentiasa berperang. Ini kerana apabila sesuatu timbul dalam fikiran, pasti akan diikuti dengan beribu-ribu pendapat menerjah datang, lalu fikiran akan mula keliru. Waktu itu, fikiran akan mula turun naik seakan rollercoster dipenuhi dengan emosi yang pelbagai.


Bagi mereka yang terlalu berfikir tidak ada istilah jawapan yang mudah seperti YA atau TIDAK. seringkali akan beranggapan pasti ada sesuatu mesej yang tersembunyi disebalik setiap jawapan. Sehingga memaksa diri untuk membuat pilihan kemungkinan yang paling buruk.


Berhenti keterlaluan dalam berfikir, seseorang itu akan merasa sukar untuk melepaskan sesuatu kerana kadar keupayaan untuk membuat keputusan sangat sedikit. Dalam beberapa keadaan seperti membuat perancangan mungkin amat diperlukan tetapi tidak dalam semua hal kerana ia mungkin menjengkelkan selain meletihkan diri sendiri.


Apabila cenderung untuk berfikir secara keterlaluan biasanya akan merumitkan keadaan, menjadikan sesuatu situasi yang mudah menjadi kusut dan berserabut.


Berfikirlah secara waras. Bersedia menghadapi apa juga kemungkinan, kerana itu adalah asam garam kehidupan.


Alor Setar, Kedah DA.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print