Ini Jaminan Allah, 3 Langkah Mudah Untuk Kita Semua.

Jangan diikut Aziz, Ramli dan Sudin (filem pendekar bujang lapok) yang menyeru mambang untuk didampingi. Tetapi ikutlah seruan Rasulullah ﷺ yang mengajak kita semua kepada Allah Azza wa Jalla.
padamkan dosa

Sewaktu membaca ayat ke 2 surah Muhammad, hati ini seakan terdiam seketika. Merenung sejenak perihal kehidupan yang semakin mencabar hari ini. Adakah diri ini bersedia untuk menghadapi begitu banyak tombak kekeliruan yang mendatang? Apakah bakal terkulai dengan tusukannya?

Tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Semua kita tidak kira dia ulama’, ustaz, da’i, tok guru sekalipun tetap akan ada situasi dimana kita tersalah dalam melakukan sesuatu amalan. Adakah itu tanda kelemahan? Itulah tanda kita semua manusia biasa, kita bukan Rasulullah ﷺ yang dijaminkan keampunan kesalahan yang lalu dan yang akan datang. Kita semua tidak maksum.

Apa ayat tersebut? Firman Allah;

الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

“Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) – yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, – Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).

Siapa yang tidak mahu setiap kesalahan yang telah dilakukan untuk diampunkan. Seorang pesalah yang dihukum di penjara sekiranya mendapat pengampunan dari pemerintah juga akan melonjak kegembiraan saat menerima perkhabaran inikan pula orang yang dijanjikan keampunan oleh Allah Azza wa Jalla dan ditambah lagi dengan jaminan kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Pasti itulah khabar paling gembira buat kita.

Tetapi, perkhabaran tersebut datang dengan syarat. Ia bukan percuma. Ibarat kata Ayah (rahimahullah), “Mana ada benda percuma, nak dunia kena usaha, nak akhirat pun kena usaha.”

Dengan melaksanakan tiga (3) syarat, jaminan Allah itu menjadi milik kita. Mudah bukan? Tetapi ingat, tombak-tombak kekeliruan sedang mengelilingi kita. Orang-orang kafir (bahkan juga orang-orang munafik) tidak akan pernah senang dan akan sentiasa menghalang kita dari jalan Allah. Bersediakah kita?

Lalu bagaimana? Tingkatkanlah keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan memperbanyakan amalan yang soleh ikhlas kerana Allah. Jika masih lagi terbelenggu dengan maksiat, tinggalkanlah. Memilih rakan itu tidak salah, tetapi tersalah pilih rakan itu parah. pilihlah lingkaran rakan-rakan yang sentiasa ingat mengingati kepada Allah.

Jangan lupa, pastikan Al-Quran sentiasa dijadikan panduan dalam setiap amalan kehidupan. Al-Quran tidak diturunkan hanya sebagai bahan bacaan yang dilagukan. Tetapi sebuah kitab yang diwahyukan sebagai panduan umat. Jangan diikut Aziz, Ramli dan Sudin (filem pendekar bujang lapok) yang menyeru mambang untuk didampingi. Tetapi ikutlah seruan Rasulullah ﷺ yang mengajak kita semua kepada Allah Azza wa Jalla.

Semoga janji Allah itu menjadi milik kita semua. Insyaa Allah.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print