Profil

Profil

'Dari Hati Untuk Manusiawi'

Mengapa saya menulis? Manusia memiliki pelbagai alasan untuk menulis. Sebahagian kita mungkin kurang yakin untuk menulis kerana pada fikiran mereka tiada siapa ingin membaca hasil tulisan mereka. Jadi mengapa saya menulis?


Menulis pada hakikatnya adalah alat untuk mewakili pemikiran. Jadi saya menulis dengan tujuan untuk mengungkap pemikiran sendiri. 


Pada usia menghambat umur 50an ini, tidak ada lain yang dapat mengikat ilmu melainkan dengan menulis. Sekiranya tidak ada penulisan, maka ia akan lenyap di mamah usia yang semakin meningkat.


Saya masih ingat lagi sekitar tahun 1996-1997 ketika mula menulis. Ketika itu genre penulisan pastinya tentang suasan politik semasa tanah air. Laungan reformasi dan ketidakadilan sentiasa menjadi topik hangat perbincangan. Itulah cara untuk mengutarakan dan mengekpresikan perasaan.


Namun seiring dengan bertambahnya pemahaman, menyedari fungsi dan peranan diri yang Allah Azza wa Jalla kehendaki maka tujuan penulisa kian berubah dan lebih berkembang.


Tidak perlu gusar jika tiada yang membaca, kerana saya menulis bukan untuk sesiapa melainkan untuk peringatan diri sendiri. Jika ada yang membaca, semoga setiap penulisan ini memberikan manafaat yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. 




Hanif Majid
Alor Setar, Kedah D.A


Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print